Kelebihan Alat Berfikir
Alat Berfikir yang Dipilih Ialah Peta Minda
Peta minda ini membantu saya mengingati pelajaran dengan mudah.Hal ini
kerana peta minda menggunakan pelbagai jenis warna yang merangsang otak manusia
untuk mengingat dan menyimpan memori dengan lebih lama.Ini kerana setiap jenis
warna mempunyai peranannya yang tersendiri.
Peta minda juga dapat menjimatkan masa saya untuk menulis nota kerana
hanya menggunakan kata kunci sahaja.Kata kunci yang biasa digunakan dalam peta
minda kebanyakannya adalah ringkas.Hal ini memudahkan saya kerana seperti yang
semua telah ketahui, otak manusia tidak mampu untuk mengingati perkataan yang
banyak dalam masa yang singkat.
Seterusnya,peta minda juga dapat membantu saya menonjolkan hubungkait
antara idea-idea yang penting.Hal ini kerana dalam membuat esei, sudah tentu
kita memerlukan idea-idea yang penting untuk melengkapkan dan menjadikan esei
kita itu menarik.Peta minda ini dapat membantu saya untuk menyusun idea-idea
penting itu dan menghuraikannnya dalam bentuk yang lebih panjang.
Di samping itu,peta minda dapat membantu saya dalam menggunakan
kedua-dua bahagian otak saya iaitu otak kiri dan otak kanan.Setiap bahagian
otak mempunyai fungsi yang berbeza.Penemuan ini telah dijumpai oleh seorang
ahli neurobiologi. Institut Teknologi California iaitu Dr.Roger Wolcott Sperry
pada tahun 1960.Seperti yang kita semua ketahui, otak kiri bagi manusia ini
kebiasaannya digunakan untuk bahasa dan angka..Otak kanan pula biasanya
digunakan untuk perkara yang melibatkan seni dan kreativiti.Kedua-dua bahagian
otak ini sangat penting untuk kita.Kedua-duanya terlibat dalam proses pemikiran
dan pentafsiran maklumat.
Comments
Post a Comment